Followers

Tuesday, August 2, 2011

seLamaT meNunaikan ibadaH puasa!!!

buLan ramadHan dtg lgi!!
kejap je rse dri thun ke thuN....
rse cm bru je tahun lepas ak pose sebulan kat umah...
tahun ni 1st time rse pose time keje...
bLik keje knela msk sndri nk bebuke...saviNg cket..haha..
sahuR pon mnOm air ngaN oat...leH dieT ni..hehe...
.
.
disebabkan pgi tdi after sahuR ade ckeT perbalahaN
antara ak n en. tuNang (de je bLiaw xpuas aTi),
sO ak nk mngemukakaN bukTi2 n fakta2 utk mengukuHkan hujah ak
yg bukan la semate-maTe teOri ak sndri speRti yg en. tuNang sangke...
ak mmg xpuas aTi kLo en. tuNang syik ckp ak ske waT teOri sndri...haha..
mmg la kekdg sy ni ske waT teOri sndri..
tp kLo bab2 ni xkn la sy memandai nk waT teOri sndri...
sy pnah dgr dri ceramah2 n de terbce tu brani sy nk ckp...
tp mesTila nk de bukTi kn...
sO kat bawaH ni sy kepilkan ckeT tentang perkara2 makruH ketika berpuasa ek...
bce lelOk n pahamkn ek.....
.
.

PANDUAN PEMAHAMAN KONSEP IBADAH PUASA

Panduan Pemahaman Konsep Ibadah Puasa
Peta konsep ini dapat memberi panduan dalam mengikuti tajuk Ibadah Puasa dengan mudah.

Di antara perkara makruh ketika berpuasa ialah:
1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari.
Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya:
"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
::gelincir matahari (masuk waktu zohor)

2. Merasa Makanan dengan lidah
Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makryh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi.
Abbas r.a berkata:
Maksudnya:
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum."
- (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-

3.Berbekam
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata
yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)

4.Berkumur secara berlebihan
Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik. Berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)

5.Terlalu kerap mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.

6. Mencium atau mengucup isteri
Berkucup dan pendahuluan jimak walau melalui khayalan atau penglihatan.Juga makruh mengikut pandangan Mazhab hanafi mengucup/menghisap bibir isteri. Walaupun di sana adahadith riwayat As-Syaikhan (Bukhari dan Muslim): "Bahasa Nabi Muhammad S.A.W telah mengucup dan bersentuh kulit, sedangkan Baginda S.A.W sedang berpuasa."Dan kebanyakan ulamak menetapkannya makruh kerana ditakuti seseorang itu tidak mampu mengawal nafsunya seperti Rasulullah S.A.W. Ini DIperkuatkan lagi dengan hadith:Dari Aisyah R.A: "Rasulullah S.A.W telah mengucup Aisyah R.A. sedangkan Baginda S.A.W berpuasa dan Baginda S.A.W bersentuh kulit sedangkan Baginda S.A.W berpuasa dan Baginda seorang yang mampu menguasai perasaannya."(Muttafaq Alaih) "Dan Baginda melarang orang muda melakukannya tetapi memberi kelonggaran kepada orang tua." (Hadith Hasan riwayat Abu Daud dari ABu Hurairah, diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah dan ABu Darda' begitu juga dari Ibn Abbas dengan sanad sahih)

Sumber Rujukan
1.Hamil @ Amir Abdul Hameed & Mohd Shukri Othman,Pendidikan Islam, Sasbadi.
2. Tazkirah Ramadhan oleh kumpulan kraftangan

Salah satu untuk menyempurnakan ibadah puasa ialah menjauhi perkara-perkara makruh. Walaupun makruh tidak membatalkan ibadah puasa, tetapi panduan yang dibuat oleh para imam mujtahidin adalah merupakan menutup pintu-pintu kerosakan (sadduz zara'ie)

::ok..sy dh puas aTi ngaN bukti2 utk mengukuhkan hujah2 sy....
hehe..puas ati x en. tunaNg yg awk kte pas subuh makruh gOsok gigi..??::

3 comments:

Nurhidayah Shamsury said...

terime kaseh bg info ni..terase sgt diri ini bangang..hehehe

mohdnurkhairulnizam said...

bagus! ni yg sy mau!

dayaH said...

mohdnurkhairulnizam:: taw pOn...bangge sy dpt mempertahankan teOri sy...hahaha....